Skip to content

Bagaimana peniaga teruskan perniagaan?

Kredit : Nickyson Nyambar | Astro Awani

Berikut adalah 10 perkara yang mereka boleh lakukan demi meneruskan perniagaan di musim pandemik. 

1) Berniaga secara dalam talian

Ramai usahawan di Malaysia meneruskan perniagaan mereka secara dalam talian ketika PKP. Malah, kaedah ini bukan sesuatu yang baharu. Ramai usahawan di Malaysia memanfaatkan kaedah ini termasuk mempromosikan produk jualan di platform digital seperti Shopee, Grab, FoodPanda dan platform e-hailing yang lain.

 

2) Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) menerusi Tekun Nasional (Tekun)

Bagi peniaga di bawah industry PKS, mereka boleh memanfaatkan inisiatif kerajaan yang membantu mereka melonjakkan kembali ekonomi. Salah satunya adalah Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) menerusi Tekun Nasional (Tekun).

Skim pembiayaan mikro ini membantu usahawan yang terjejas akibat wabak COVID-19 dalam memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

 

3) Tampil dengan cara baharu

Melihat kepada keadaan semasa, peniaga juga berhadapan dengan cabaran bagi memastikan produk jualan mereka kekal relevan. Oleh yang demikian, ketika PKP kita menyaksikan pelbagai strategi jualan, termasuk cara pengiklanan kreatif yang dilakukan oleh pemilik syarikat. Ada yang manfaatkan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok.

 

4) Kemudahan Dana Bantuan Khas (SRF)

Kerajaan menambah peruntukan RM3 bilion kepada SRF untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19, menjadikan jumlah peruntukan berjumlah RM5 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini. Buat peniaga PKS, mereka boleh memanfaatkan bantuan ini.

 

5) Buka akaun Google My Business

Google My Business (GMB) salah satu platform digital yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga. Ini kerana ia adalah merupakan platform pengiklanan secara percuma dengan enjin pencarian internet yang paling terkenal di dunia, Google!

Dengan GMB, sekiranya pencarian bagi nama perniagaan anda di kedudukan teratas, pemilik perniagaan akan diberi ganjaran. Platform ini juga membantu memastikan nama perniagaan muncul di halaman pertama carian Google.

 

6) Pos sekerap mungkin dalam media sosial

Secara purata, kajian menunjukkan yang seseorang itu meluangkan masa dengan media sosial selama 2 jam dan 22 minit sehari. Melihat kepada PKP yang bakal dilaksanakan, tidak hairan lebih ramai yang meluangkan masa dengan media sosial.

Ini adalah cara terbaik untuk memaparkan perniagaan di media sosial.

 

7) Jalankan kempen pemasaran emel

Kempen pemasaran email antara saluran pemasaran yang paling berkesan. Selain daripada pulangan yang besar, pemasaran emel membolehkan perniagaan memberikan maklumat-maklumat penting kepada pelanggan mereka dengan kadar segera, lebih-lebih lagi di luar waktu operasi.

 

8) Tawarkan perkhidmatan penghantaran segera

Salah satu cara berkesan untuk memastikan perniagaan sentiasa berdaya saing adalah dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama atau on-demand service.

 

9) Lakukan kolaborasi dengan pemain industri

Kolaborasi antara jenama membolehkan sesebuah perniagaan itu lebih dinamik dan menawarkan variasi kepada pengguna mahupun pembeli. Justeru, sekiranya peniaga ingin mengatur strategi dalam memastikan kemampanan syarikat, strategi seperti ini boleh diguna pakai.

 

10) Implementasikan cara pembayaran E-Wallet dan Cashback

Cara pembayaran juga berubah setelah PKP diimplementasikan. Ramai usahawan mengambil inisiatif untuk mentransformasikan perniagaan mereka, ini termasuk cara pembayaran.

Bagi pelanggan, apa yang dimahukan mereka ketika ini adalah medium yang lebih pantas dan mudah. Justeru, pembayaran secara digital, seperti E-Wallet dan Cashback reward dapat membantu dalam urusan pembayaran ketika norma baharu ini.

Leave a Comment