Skip to content

Tabiat Pembelian Mencorakkan Masa Depan Peruncitan Malaysia

Kredit: Azizah Ali, Pengarah, Kumpulan Kecil, Sederhana & Korporat, Microsoft Malaysia

Strategi pemasaran dalam talian, peluang jana pendapatan

Kini dalam dunia norma baharu, boleh dikatakan tiada urus niaga produk atau perkhidmatan yang tidak boleh dilakukan menerusi transaksi dalam talian.

Baik penghantaran makanan, barangan keperluan, pakaian, produk elektrik mahupun harta benda yang menelan belanja besar seperti kereta dan rumah – segalanya dijual di dalam talian.

Sepanjang tempoh setahun lepas, satu ‘lonjakan’ telah berlaku, dan kita telah melihat transformasi digital yang lazimnya mengambil masa dua tahun dicapai dalam hanya dua bulan. Di peringkat global, pembelian dalam talian telah meningkat dengan mendadak dengan ketara. 

 

Pertumbuhan ketara juga dilihat di Malaysia. Sejak 2015, pasaran e-dagang telah melonjak tiga kali ganda pada 2019. Nilai pasaran dijangka mencecah US$11 bilion pada 2025, dipacu oleh proses pendigitalan yang pesat di serata industri, dan juga kerjasama awam-swasta menerusi MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

 

Walaupun ada segelintir peruncit yang menghadapi masalah mengikuti peralihan pantas kepada e-dagang, kini kita telah melihat banyak peruncit lain menerima pakai media dan platform baharu. Bukan setakat peruncit besar sahaja yang telah memulakan proses pendigitalan. Lebih banyak pemilik perniagaan kecil seperti restoran di kawasan kejiranan kita atau usahawan mikro yang berpejabat di rumah, kini pantas memanfaatkan e-dagang dan penyelesaian e-pembayaran, sambil berhubung dengan pelanggan dalam dunia digital menerusi penstriman langsung dan paparan video, disebabkan keperluan semasa.

 

Pengguna telah mengubah tingkah laku pembelian masing-masing sambil mereka mencari tahap kemudahan dan nilai yang lebih tinggi. Pada masa lepas, rakyat Malaysia memang banyak bergantung kepada tunai. Tetapi masyarakat kita kini paling pantas mengguna pakai dompet mudah alih. Menurut satu laporan oleh ACI Worldwide, jumlah transaksi dompet muda alih di Malaysia meningkat 171% pada 2020, dan transaksi pembayaran masa sebenar melonjak 864% berbanding 2019.

Menawarkan-Produk-Runcit-Menerusi-E-Dagang-LPC-Blog

Menawarkan produk runcit menerusi e-dagang

 

Seperti ramai pengguna di mana-mana, pengguna kini jarang sekali mengunjungi kedai fizikal seperti dulu. Kita tidak lagi selesa pergi ke kedai dan kita sendiri boleh meramalkan lebih banyak peruncit kecil dan besar akan berhijrah ke dalam talian.

 

Dengan capaian kepada data bersepadu masa sebenar di seluruh perniagaan, peniaga juga dapat membangunkan sistem perakaunan dan pelaporan yang cekap, dengan keupayaan meninjau gudang dan inventori di samping menyediakan pengalaman pengguna yang konsisten. Peniaga bukan sahaja mampu mengendalikan gedung dalam talian dengan cekap semasa Covid-19, malah syarikat ini mencatatkan peningkatan jualan sebanyak lima kali ganda.

 

Malaysia Airports yang turut melancarkan shopMYairports, platform e-dagang pelancongan runcit pertama Malaysia, untuk memberi peluang kepada peniaga runcit di lapangan terbang mengembangkan pasaran menjangkaui sempadan kedai fizikal di sana dan seterusnya menggalakkan pemulihan perniagaan yang terjejas teruk akibat Covid-19. Sekali gus, platform ini membolehkan pelanggan membeli produk khusus berkaitan pengembaraan tanpa kos duti di dalam talian.

Peningkatan-Kadar-Kesetiaan-Dikalangan-Pelanggan-Menerusi-Inovasi-Produk-LPC-Blog

Peningkatan kadar kesetiaan dikalangan pelanggan menerusi inovasi produk

 

Kesetiaan boleh diperolehi dengan pantas dan hilang dalam sekelip mata dalam persekitaran dan persaingan sengit masa kini. Peruncit hari ini perlu membezakan potensi jualan sendiri dan tawaran masing-masing. Mungkin apa yang diperlukan pada asasnya semudah memberi perhatian kepada keperluan pengguna dan juga kaedah pembelian dan perhubungan pilihan mereka.

 

Platform digital mampu menjadikan proses lebih mudah bagi menguruskan pasaran perniagaan dan sebagai penyediaan pengalaman yang selesa dicapai oleh pembeli. Ini termasuklah menyediakan tempat kerja produktif berasaskan kerjasama dan meningkatkan kecekapan perniagaan disamping mengurangkan kos operasi.

 

Sebagai contoh, Microsoft melalui perkenalan platform Microsoft Cloud for Retail khas mengikut industri. Dengan perkhidmatan ini, sumber data terpelbagai merentasi rantaian nilai runcit disatukan dan diterjemahkan menjadi maklumat berguna yang boleh dimanfaatkan untuk menyediakan perkhidmatan dan tawaran dengan mudah.

 

Sejak penularan pandemik Covid-19 serta perintah kawalan pergerakan dan sekatan yang dikenakan, tabiat tingkah laku pengguna tidak lagi sama seperti dulu. Peruncitan telah berubah buat selamanya.

 

Sambil kita terus ‘melonjak’ ke masa depan, kejayaan peruncit kita bergantung kepada keupayaan menjejak tingkah laku dan jangkaan pengguna pada hari ini yang pantas berubah. Usaha tersebut bermula dengan mengalihkan tumpuan operasi dan memanfaatkan peluang baharu bagi memenuhi keperluan dan pilihan pelanggan yang kian berkembang setiap hari. Tingkatkan strategi pemasaran dalam talian, sebagai peluang jana pendapatan di era norma baharu.

 

Berminat untuk mempelajari ilmu peruncitan dalam e-dagang, hubungi kami di info@lestaritraining.com atau di talian +60 88 703 735 untuk sebarang pertanyaan.

 

Ketahui lebih lanjut dengan klik disini untuk membuat permohonan bagi latihan kemahiran di industri berkaitan.

Leave a Comment